Kursus Penulisan Kenyataan Media & Pengurusan Kandungan Media Sosial Strategik

Kursus Penulisan Kenyataan Media & Pengurusan Kandungan Media Sosial Strategik

Category: Job Functions

Specifications
Details

Kursus Penulisan Kenyataan Media & Pengurusan Kandungan Media Sosial Strategik

Duration: 2 Days

Pengenalan

Latihan ini meningkatkan kemahiran pegawai organisasi menulis kenyataan media yang jelas dan tepat. Maklumat betul memastikan orang ramai tidak salah faham mengenai sesuatu isu, program baru, atau krisis yang melanda sesuatu organisasi. Pengendalian sidang media memerlukan persiapan rapi dari segi fizikal dan mental jurucakap. Peserta akan belajar cara menjawab soalan wartawan dengan yakin tanpa merosakkan nama baik oerganisasi. Apatah lagi, apabila berlaku masalah besar, organisasi perlukan tindak balas segera yang berkesan.

Latihan dua hari ini memberi panduan praktikal untuk meredakan keadaan tegang sebelum ia menjadi lebih buruk. Ia juga memberi garispanduan hubungan erat dengan wartawan memudahkan penyebaran maklumat rasmi. Organisasi yang menyertai program ini pasti lebih dihormati dan dipercayai oleh masyarakat luar.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

  • Menulis kenyataan media yang profesional menggunakan format dan gaya penulisan yang sesuai.
  • Menghasilkan kandungan media sosial yang efektif berdasarkan kenyataan media untuk pelbagai platform digital.
  • Mengaplikasikan teknik pitching serta membina hubungan yang profesional dengan pihak media.
  • Merancang dan mengendalikan sidang media mengikut prosedur dan amalan komunikasi yang berkesan.
  • Mengurus komunikasi krisis serta menjawab pertanyaan media dengan yakin bagi melindungi reputasi organisasi.

Sinopsis Modul

Modul 1: Ciri-Ciri & Bahan Wajib Kenyataan Media

  • Kriteria Berita: Apa dikatakan berita & apa yang editor mahu. Penulisan baik & formula 5W1H.
  • Struktur rasmi: Teknik susunan Piramid Terlingkup.
  • Elemen sokongan: cara menyusun fakta, cerita dan petikan kata.
  • Aktiviti:
  • Membedah kenyataan media & mengenali kekuatan dan kelemahan.

Modul 2: Modul 2: Teknik Menulis Ikut “Sudut” & Gaya Bahasa Mesra Media

  • Sudut Berita: Mengubah laporan berita aktiviti dalaman yang “bosan” ke yang media berminat.
  • Gaya bahasa: Mengelak tulisan “jargon”, ayat meleret & birokrasi.
  • Media Kit Digital: Sediakan pautan Kod QR berisi infografik, teks ucapan penuh, & gambar bersama kapsyen.
  • Aktiviti:
  • Menulis semula laporasn pekeliling dalaman menjadi draf kenyataan media

Module 3: Strategi ‘Pitching’ Menarik Perhatian Media Konventional

  • Faktor Penentu Terbitan: Memahami cara bilik berita (newsroom) menapsi kenyataan dari organisasi awam dan swasta.
  • Hubungan Media: Etika hubungan wartawan/editor melalui WhatsApp secara profesional tanpa langgar protokol.
  • Masa cetakan & terbitan: Memilih waktu terbaik menghantar kenyataan media.

Modul 4: Aktiviti Latihan

Latihan menulis mesej pitching pendek melalui WhatsApp dan subjek e-mel berdasarkan draf yang ditulis.

Peserta dikehendaki membuat persembahan menjelaskan mengapa pitching pendek ditulis sebegitu & rationalnya.

Modul 5: Olahan Kenyataan Media Ke Bentuk Kandungan Media Sosial

  • Teknik mensesuaikan kenyataan media rasmi menjadi status pendek untuk Facebook, X & Instagram.
  • Teknik ‘Memancing” dengan tulisan pendek menarik perhatian netizen.
  • Aktiviti:
  • Perbincangan cara mengguna templat menganjur acara, kenyataan media, & templat undangan media.

Modul 6: Pengurusan & Penganjuran Sidang Media

  • Perlukah Sidang Media?: Menilai isu adakah memadai hanya kenyataan media bertulis atau wajib panggil wartawan fizikal.
  • Persediaan Logistik & Protokol: Menyediakan Media Alert/Undangan Media, urusan pendaftaran, susunan meja panel, zon kamera, dan bilik temubual eksklusif.
  • Urusan masa: Sebelum, semasa, & selepas
  • sidang media (embargo kenyataan media)

Modul 7: Pengurusan & Penganjuran Sidang Media

  • Mengurus Soalan Sukar: Teknik menjawab soalan wartawan yang provokatif atau di luar topik
  • Perbincangan isu dari kes-kes sidang media mengenai beberapa krisis korporat dari aspek keberkesanan dan kelemahan.
  • Aspek perbincangan: kualiti kenyataan lima paragraf pada sidang media dan kawalan situasi.

Modul 8: Simulasi Sidang Media & Sesi Maklum Balas

Sesi Praktikal:

  • Peserta dibahagikan kepada peranan Urus Setia Media, Jurucakap Organisasi (Panel), dan Wartawan (yang akan bertanyakan soalan mencabar).

Penilaian

  • Pra & pasca penilaian
  • Pemerhatian fasilitator
  • Penilaian tugasan kumpulan
  • Maklum balas peserta

Bahan Diberikan

Ceramah interaktif, perbincangan kumpulan, latihan penulisan, kajian kes MyCC, simulasi sidang media, pembentangan, maklum balas fasilitator.


View more about Kursus Penulisan Kenyataan Media & Pengurusan Kandungan Media Sosial Strategik on main site